Tuesday, May 18, 2010

Bahasa Melayu :)


         Hari ini peperiksaan pertengahan tahun bermula , rakan - rakan dapat dilihat begitu asyik dan tekun belajar walaupun kertas ujian hari ini adalah Bahasa   Melayu .
          Saat Puan Norhana berdiri di hadapan kelas , semua pelajar kelam - kabut berdiri dan memberi salam hormat pada beliau . Perbicaraan Puan Norhana pun bermula dengan memberi arahan pada kami untuk meletakkan beg di belakang kelas . Kertas ujian sudah pun diedarkan pada semua , pen juga sudah dipegang oleh semua pelajar dan saat bismillah  terkeluar dari mulut pelajar islam , mereka pun mula menulis .
            Masa sudah 2 jam berlalu , isi karangan yang sudah aku tulis di kertas lain masih belum dilengkapkan lagi di kertas ujian . Ketika perenggan ke lima tamat dilakukan , cikgu sudah mula menjerit . ' 5 minutes left ! ' , kata Puan Hasnor kepada kami . ' OMG ! lagi 3 perenggan ! ' , bentak aku dalam hati . Bagaimana harus aku habiskan lagi tiga perenggan dalam masa lima minit ? walau apa pun , aku harus juga habiskan karangan ini . Malangnya aku tidak sempat menamatkan kertas ujian Bahasa Melayu , bukan tiga perenggan cuma kesimpulan sahaja . Urgh ! Masa sudah pun tamat , kertas sudah pun dikutip , penyesalan mula dirasai kerana banyak waktu yang dihapuskan ketika banyak berfikir semasa membuat karangan tadi . Inilah akibatnya tidak kerap berlatih membuat karangan di rumah , asyik mengharapkan latihan di sekolah sahaja . Sampai sini saja kisah peperiksaan aku pada hari ini .


saje gedik tulis cam neh , haha .
Umie Nurliyana Hussain .

No comments:

Post a Comment