Ketika berdiri ,
aku mengambil nota kecil di sudut kiri meja ,
mula menyampai pensil berwarna merah di kotak kecil ,
aku melihat lantai yang sering membantu aku berdiri ,
aku mengeluh tanpa sebab ,
kemungkinan penat yang terlalu.
Kerusi ditarik dan aku mula melabuhkan diri di kerusi ,
terus aku letakkan tangan di atas meja ,
memandang ke arah kertas putih ,
tak tahu apa yang bakal aku tulis kan ,
kini aku mengeluh , menyesali mungkin .
Aku memandang ke atas melihat cermin ,
melihatkan wajah yang dikurniakan Allah s.w.t ,
Alhamdulillah bisikku sendiri ,
mula aku terfikir mahu menulis namamu ,
memenuhi ruang kertas yang kosong itu.
Aku mula menggerakkan jariku ,
aku asyik menulis, aku hanya menulis dan menulis ,
tiba-tiba aku berhenti menulis ,
merasakan kebodohan yang teramat .
Teringat akan perjalanan yang telah kita putuskan ,
air mata mula bergenang ,
aku terlupa ,
bahawa aku tidak lagi wujud dalam diarimu.
Aku mula tundukkan wajah ,
mahu sahaja aku meraung tetapi tidak aku lakukan ,
setitik air mata jatuh ke atas kertas ,
aku terdiam ,
tersedar dari kesedihan .
Aku mula membolakan kertas tersebut ,
tak mahu perasaan bodoh itu menguasai minda ,
aku berdiri mendekati jendela ,
bebola kertas yang mengandungi namamu itu ,
aku lontarkan keluar ,
kini aku tersenyum puas dengan tindakan aku ,
berharap supaya kau tak muncul menyemakkan minda .