Pulang dari sekolah . Mood yang tak menentu buat kan aku terasa sukar untuk tersenyum . Aku terus mencampakkan beg sekolah dan buku di tepi katil . Aku terus sembamkan muka di teddy bear aku yang bernama Patrick . Mungkin perasaan yang terlalu sedih buatkan aku tak mahu bangun dari katil . Aku mula memotivasikan diri . Alhamdulillah , aku mampu bertahan . Perkara pertama yang aku lalukan ialah mandi . Terasa bagai inilah kali pertama aku mandi sesudah pulang dari sekolah . Aku terus mandi dan...sekejap , rasanya sebak di dada tak juga hilang . Aku menyambung tangisan di kamar mandi . ' Sudah Umie , masih banyak waktu ' , bicara aku sendirian .
Aku keluar dari kamar mandian dan terus bersiap untuk membeli alatan tulis di Popular . Kali ini aku keluar dengan berwudhuk , mungkin sudah bersedia mengadu dan memohon . Aku tamatkan doa dengan tangisan lagi sesudah solat zuhur . Bilik dikunci dan tiada siapa pun dibenarkan masuk . Aku melihat cermin , melihat akan kemerahan mata dan hidung akibat terlalu banyak menangis . ' buruknya aku ' , bisikku dalam hati . Aku terus mencuba untuk tersenyum dan ketawa supaya rasa sedih ini tidak berpanjangan . Gaah , aku perlu gunakan masa yang singkat ini untuk berubah dengan sebaik mungkin . Gagal kali ini buat kan aku rasa mahu bangkit semula , yeah .
Kegelapan muncul menenggelamkan siang yang terang membuatkan lagi bersemangat untuk belajar . Aku pun bersembahyang dahulu , rasanya malu sangat untuk berdepan dengan Allah ketika susah ini . Aku tak boleh berhenti menangis , tak tahu kenapa begitu sedih perasaan ketika ini . Aku memohon supaya ditenang kan hati dan fikiran , dilapangkan dada dan ditabahkan jiwa supaya segala ini dapat aku tangani . Buku sejarah dibuka . Aku yakin aku boleh lakukan ini , InsyaAllah .
Ini lah permulaan , aku perlu berusaha lagi dan lagi dan lagi . Aku tidak mahu lagi memiliki kemalasan dan kebodohan ini . Shuh kau !

Sejarah D;
No comments:
Post a Comment