Friday, May 6, 2011

you make me cry. so thank you :)


yea, memang sayang, sayang yang tak tahu macam mana dtg. Tak sangka akan timbul. Walau bagaimana deras pun cabaran hadir untuk lenyapkan semua, ianya tetap sia-sia. Gagal sama sekali. Aku menjaga dengan penuh teliti. Hakikatnya hanya pada kau seorang aku berkata sayang wahai lelaki. Sayang yang sememangnya ikhlas dari hati diluahkan melalui pertuturan. Namun kau meragui hati yang telah aku beri. Meragui segala madah yang aku bicarakan. Benar aku tidak bohong. Tiada yang palsu sama sekali. Mengapa kau begitu berjaga-jaga dengan segala kata-kata? Bukti kukuh kau tuntut. Mahu menguji sejauh mana aku mampu. Adakah segalanya perlu aku beri? Adakah segalanya perlu dikorbankan? Maaf aku tidak setolol itu dengan mudahnya mahu memberi. Walaupun kerana sayang. Aku masih waras, dijaga, diasuh, dikasi pelajaran. Aku bukan sewenang-wenangnya mahu kau jadikan umpan. Tafsiran aku terhadap kau sudahpun tersalah arah. Sangkaku dulu kau tidak persis yang lain. Beza. Namun tanggapanku salah. Kau hanya serupa. Tidak berasa segan melemparkan janji. Janji yang sememangnya tidak masuk akal. Janji yang sememangnya  tidak akan kau berpegang. Manis serupa gula namun aku tahu akan pupus juga. Kenapa aku dipertemukan dengan kau yang sememangnya sama hanya mahu bersandiwara wahai lelaki? Maaf jika segala penulisan yang aku luahkan ini mengguris hati kau. Tapi perlu juga kau tahu bagaimana aku  :|


notapendek ; terimakasihlelaki

No comments:

Post a Comment