Tuesday, November 16, 2010

He once more

                       Telefon berdering . Skrin berlampu menunjukkan ada panggilan masuk dari 'guy' . Sengaja aku meletakkan namanya begitu supaya aku lupa akan semua tentang namanya mahupun hidupnya . Takpe lah , kali ni jea , minta maaf Edean .

                          Kami sembang lama . Mendengar tentang kisah hidupnya kini yang makin tidak teratur . Aku sedih melihat keadaan dia kini yang tidak tenteram , kekurangan solat mungkin . Dia lah orang yang jahat , dia lah orang yang tidak pernah kenal hati budi , dia lah orang yang mementingkan diri sendiri , dia lah orang yang tak boleh diubah keburukannya , semua yang tidak baik berpunca dari dia tapi aku percaya itu semua dirinya yang dulu . Aku percaya , ragu ragu mungkin , tak tahu lah . Dia bersungguh sungguh menceritakan tentang perubahan dirinya . Aku bingung . Kata katanya tak terlekat langsung . Minta maaf . Kadang kadang aku terasa mahu menangis mendengar keadaan dia . Ya Allah temukan dia jalan untuk memperbaiki dirinya sendiri . Aku bukannya kejam tak mahu menerima dia semula cuma aku takut ditemukan kecewa . Aku sudah sedaya upaya mengatakan bahawa tiada lagi walau secebis pun perasaan cinta terhadapnya namun dia tetap cuba meyakinkan yang sebaliknya . Beritahu aku bagaimana untuk menerangkan lagi maksud tiada perasaan . haih . Aku cuma tak mahu melihat dia kehilangan arah seperti sekarang . Kesilapan boleh dibetulkan tapi bukan dengan mengambil jalan untuk berputus asa wahai lelaki . Aku tahu kau boleh harungi semua ni . Kau tak perlukan aku , percayalah . 
                     
                         Perbualan kami tamat bila aku sudah tiada perkataan untuk diucapkan lagi . Aku cuma mengingatkannya supaya tidak melakukan benda bodoh yang boleh membawa kesan buruk dalam hidupnya . Aku merayu sangat supaya kau lepaskan aku dari ingatan kau sebab aku sudah kosong . Minta maaf  :|


nota pendek : sila buang aku

No comments:

Post a Comment