nota pendek : Semestinya sukar disimpan tetapi lebih sukar dibongkar
Crazy.Cool.Annoying.Sweet.Energetic.Hyper.Naughty.Silly.Fun.I'm just me.and I like that :)
Thursday, November 11, 2010
Kehidupan
Ini lah kehidupan aku . Bukan untuk sesiapa yang membaca cuma diluah , ditaipkan untuk meluahkan segala isi hati yang membuatkan aku menjadi hilang keyakinan untuk menghadapi segala onak dan duri bagi melegakan perasaan aku sendiri . Hidup semestinya tidak semudah yang kita sangka . Pasti ada segala cabaran dan dugaan yang perlu kita hadapi dengan hati yang terbuka walaupun tidak pernah kita inginkan . Keruntuhan keyakinan membuatkan aku berasa terasing dikalangan semua orang . Aku mahu menyendiri . Kesedihan yang selalu aku miliki membuatkan aku terus tabah walaupun sukar dan perit segala keadaan yang perlu ditelan . Tiada siapa menjangka keadaan seteruk ini bakal terjadi . Aku hanya lah makhluk yang dicipta ALLAH yang punyai kelemahan . Aku adalah aku dan aku jugalah manusia yang bakal merubah segala keburukan . Aku keliru , buntu . Laluan manakah yang harus aku pilih bagi membentuk kebaikan yang memberi kebahagiaan kepada semua orang ? Berikan aku sedikit petunjuk untuk aku berasa mudah bagi memperbetulkan segala hal yang terjadi . Aku sedar aku tidak layak untuk membenci kerana semua yang diciptaNYA pasti mempunyai kelemahan seperti aku yang boleh diubah tetapi perasaan yang sering memberontak membuatkan aku berasa berang . Aku hilang tumpuan dalam melakukan segala kerja . Aku mahu meraung menangis menjerit tetapi aku sabar , aku redha . Aku bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku masa untuk berfikir mencari jalan . Berikan aku kekuatan , amin .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment